reality

reality

Transformation.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Allah SWT masih beri peluang untuk hidup. Dah dekat dua tahun Fa tak update blog. InsyaAllah Fa update balik bila ada masa lapang.

Transformation?

Dalam hidup, kita kena sentiasa berusaha untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Contohnya dari free hair kita berubah pakai tudung, dari pakai t-shirt ketat kita mula longgarkan t-shirt kita, begitu juga dengan seluar. Dari tak pakai handsock kita mula pakai handsock, mula labuhkan tudung kita dan mula pakai stoking.

Ya tak mudah nak berubah tapi kita kena istiqamah. Niat kerana ALLAH SWT. Andai ada orang tegur “ehh kau dah kenapa tetiba jadi alim ? HAHA”, “eleh,budget alim nak tunjuk baik lah tu” , “Weh tak cantik ah kau pakai macam ni, macam kampung.” Abaikan kata-kata mereka. Sesungguhnya Allah sedang menguji kita sama ada kita berubah kerana Allah atau kerana manusia. Kalau kita betul betul ikhlas berubah kerana Allah, terus istiqamah dengan perubahan tu. Kalau sebab manusia, contohnya sebab nak orang puji or apa apa jelah ... emmm betul kan niat tu dulu.
Takpa pelan pelan kita berubah. Bukan secara drastic. Banyakkan berdoa agar Allah titipkan hidayah-Nya kepada kita. Fa pun tengah cuba untuk berubah pelan pelan.


InshaALLAH. Kita boleh :)
Semua yang dipapar adalah hak milik Izzati Farhani yang sah