reality

reality

Cinta Seindah Yang Diucap ( PART 1 )

Saya petik kata kata dari tazkirah "Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi" bahawa semua orang boleh mengaku dan berikrar mencintai Allah, tetapi tindak tanduknyalah yang mencerminkan apakah dia benar mencintai-Nya.

Justeru ,saya ingin bawakan di sini sebuah cerita yang saya kira benar-benar menguji kecintaan kita pada Allah SWT. Perkongsian ini tidak lain matlamatnya hanyalah untuk kita sama-sama sedar bahawa cinta yang sebenar-benarnya. Cinta ALLAH dan cinta manusia. Subahanallah Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu termasuklah cinta sesama manusia. Cerita yang saya garap hasil pendekatan saya terhadap suatu kisah dan saya menggunakan kata ganti nama 'saya' , mudah-mudahan pembawaan cerita ini lebih dekat dengan kita inshaALLAH.

Bismillahirrahmanirrahim...
Cinta ALLAH dan cinta manusia. Pengharapan saya hanya satu iaitu untuk menjadi 'couple islamic' atau cinta manusia berlandaskan batas syariat yang saya pegang selama ini. Itu doa saya setiap masa agar dipertemukan dengan insan yang bergelar kekasih hati yang akan mengambil saya sebagai kekasih sehidup semati.Alhamdulillah akhirnya doa saya Allah kabulkan. Berkenalan dengan insan yang saya kira sudah menghampiri nilai-nilai kesempurnaan yang saya hitung dalam doa saya setiap kali sujud terakhir dalam solat, membuahkan rasa sayang antara kami. Proses berkenalan berjalan lancar dan kami kini dalam alam yang lain. Alam percintaan dan seboleh-bolehnya saya dan dia mahu menjaga segala-galanya kerana kami sedar redha Allah paling penting. Namun dalam tidak sedar kami juga seperti pasangan bercinta yang lain, sedikit sebanyak apa yang kami pertahankan runtuh perlahan-lahan. Walaupun hanya perbualan telefon dan sms yang menghubungkan kami, bisikan syaitan itu tetap datang. Apabila dua manusia berlainan jantina berdua-duaan , akan ada pihak ketiga yakni syaitan, musuh ketat agama. Kami cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini dengan ilmu agama yang ada dalam jiwa. Dari sehari ke sehari kami berusaha bersungguh-sungguh agar batasan agama tidak kami langgar. Ada masa kami gagal juga...

Kuasa Allah Maha Hebat. Perancangan Allah mentakdirkan segala-galanya. Hubungan yang terjalin akhirnya sampai ke penghujung. Entah di mana silapnya saya menerima kata putus dari si dia. Dia putuskan hubungan ini.  Keputusannya muktamad. Tuhan yang Maha Mengetahui betapa terkilannya saya. Masakan ini penyudah hubungan kami. Tidak ada sedikit masalah antara kami, malahan kami saling menyayangi. Apa puncanya hingga dia mengambil keputusan ni.

Dia katakan pada saya dia bukan lelaki soleh. Dia jauh dari rahmat Allah. Itu alasannya. Alasan yang tidak masuk akal tidak munasabah pada saya. Saya menerima dirinya seadanya sepanjang perkenalan kami.

Kekurangannya saya anggap sebagai satu kelemahan kerana saya sedar tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Betapa kecewanya saya. Berkali-kali saya bertanyakan pada diri sendiri, apa dosa saya sehinggakan saya terpaksa menerima semua ni. Kenapa saya harus menerima segala keputusan. Hati saya sangat parah. Jiwa saya menangis. Di saat saya benar-benar menyayangi dirinya Allah uji pula dengan dugaan sebesar ini.


NOTA HATI: tunggu Cinta seindah yang diucap (part2) pulak okey ?
Semua yang dipapar adalah hak milik Izzati Farhani yang sah